Custom Search

Namewee & TNB

>> Thursday, November 19, 2009



Komen 1: Utusan Malaysia, 19 November 2009

Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya. Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus. ...


Komen 2: Komen dibawah diberikan oleh seseorang yang mengakui dirinya sebagai Maintenance Manager dari TNB.
"Dear all friend in Malaysia,
First of all, I would like to introduce myself, I am Maintenance Manager from TNB, I have been serving for TNB for the past 10 years and I am regretful whatever presented in front of you is very untrue.
We have to understand the nature of the electrification supply system, TNB deal with customer in 3 occasions:

1. Customer request for supply, when you have to fill up the forms,
2. Customer pay the bill at counter, Q&A etc..
3. Customer experience supply interuption and call help for supply restoration

In this incidence , Namewee experiece the 3rd condition, the supply interuption in this case is breakdown, ie a force outage due to technical reasons such as:

i. Third party excavation, could be due to developer while installing the box culvert, could be due to utilities companies excavated power cables during their cable/pipe installation.
ii. Sabotaj/vandalism by hero who dare to cut live cable sometime at 11,000Volts and tripped the system,
iii. Force majore such as thunder storm, floods that supply has to be cut off in order to secure people life from electrocuted.

What you see in this short movie are:

1. Namewee ‘Intentionally’ make havoc in TNB Muar, he wanted to scold and teach TNB guys a lesson (before leaving his house),
2. He said after he came back to Malaysia he experiece 3 times outages, BUT when dealing to TNB officer he said “MANY Times”, motive is very clear, it’s to agitate the people by taking a good shot.
3. Eventhough the officer has explain this is a breakdown, he still insist for the notification letter and insist to see the superior at 10:10pm,
4. and the rest are cursing, vulgar words, and very civilised signages.

What you don’t see perhaps are:

1. What are the people doing in the lorry, why are they working at 10:10pm?

Ans= These are people that assist in the restoration of supply during the event of breakdown, Energy Commission standard for restoration time is 4 hours for Medium Voltage Tripping(below 66KV).

2. Why the officer ‘Kecil’ working 10:10pm in the office & with his colleagues?

Ans: He is not there to eat the banana and minum kopi, he is the technician who monitor the system and get the outage ticket from Call Management Center (CMC) ~15454 and despatch the repair work to the fault finder team. As far as I know, after deliberate of thought, I can’t figure out any other companies in Malaysia can provide 24hrs of service. Tenaga people will go to your house at 3am if you call them at 15454 if you experiece of blackout in your house, but not calling at 06-9532951, this is an office no. No point to call 10 times as the message clearly ask you to call 15454 for any complaints. Perhaps Namewee problem is like Ama that they don’t understand Bahasa Malaysia language. We can understand Ama problem as they migrate from mainland of China, but not Namewee who was born in Muar.
We, TNB, are dedicated to “Keeps the Light On” in your house.

3. Why TNB office has supply but no Namewee house?

Ans: If Namewee stay behind of TNB Muar, perhaps this video will not appear. In the actual world, all substations are link by each other, and each substation has to supply to the respective housing area, since he is riding a bike, I assume TNB office is KMs away from his house, and hence if there’s any technical failure on the underground cable or overhead line, therefore TNB officer has to be mobilized to do the isolation of the circuits and taking measurement(insulation testing) of each section of the cables, and all this takes time."


Komen 3: Saya
Saya sebenarnya bengang juga dengan Namewee. Tindakannya seolah-olah sengaja mencari silap TNB. Mungkin dia ingin mencuri perhatian orang ramai. Dan saya rasa dia memang berjaya mencuri tumpuan orang ramai di Malaysia dengan membuat video berkenaan dan video sebelum ini. Dia juga berjaya mendapatkan perhatian saya yang mana membuatkan saya menulis post ini.

Sudah tentu TNB dan mana-mana syarikat tenaga elektrik di dunia ini akan menghadapi beberapa masalah yang boleh menyumbang kepada beberapa masalah kepada pengguna elektrik. Kita juga perlu sedar tentang hal tersebut. Kita juga perlu berfikir secara relevan dalam hal ini.

Jika anda begitu benci dengan Malaysia dan apa-apa yang terdapat di dalam negara ini, kenapa perlu anda masih lagi tinggal di negara ini?

Read more...

Malu hendak tulis

>> Tuesday, November 17, 2009

Sejak akhir-akhir ini saya rasa malu hendak update blog saya. Ini berlaku apabila saya tahu yang kebanyakan orang yang membaca blog ini adalah orang-orang yang mengenali diri saya sendiri. Senang cerita, mereka adalah kawan-kawan saya.

Tidak tahu-lah hendak jelaskan bagaimana. Tapi apa yang saya rasa sekarang adalah malu. Saya sebelum ini berani tulis macam-macam yang saya suka kerana saya percaya yang kebanyakan pembaca adalah dari kalangan yang tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali mereka.

Walaubagaimanapun, terima kasih kawan atas sokongan anda. Saya mungkin patut membiasakan diri dengan keadaan sebegini.

Read more...

Talam dua muka atau lebih?

>> Sunday, November 15, 2009

Dalam hidup ini kita sudah pasti akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Antaranya ialah manusia yang talam dua muka atau hipokrit. Kalau orang ini tidak ada kena mengena dengan kita ok-lah, tapi ianya akan menjadi masalah bila orang macam ini ada kena mengena dengan kita. Depan kita dia akan cakap yang baik-baik. Dia akan puji kita macam-macam. Tapi bila dengan orang lain pula dia akan cakap yang buruk-buruk pasal kita. Pada saya orang begini adalah orang yang bahaya dan perlu dijauhi.

Biasanya kalau saya sendiri tahu kalau seseorang itu adalah spesis hipokrit, saya akan mula menjauhkan diri daripada dia. Takut-takut nanti kita sendiri pula di-makan-nya nanti.

Read more...

Long Napir Ep 23: Jambatan Jepun & Tamat

>> Saturday, November 14, 2009

Di bawah adalah gambar jambatan yang dibina oleh tentera Jepun. Itu adalah apa yang dikatakan oleh pakcik yang drive kereta 4WD itu. Ianya adalah jambatan besi. Mungkin sudah beberapa puluh tahun. Ini adalah antara jambatan yang saya rasa takut bila melalui di atasnya. Saya cakap dalam hati 'kalau lori balak boleh lalu, tak-kan lah saya tidak boleh lalu dengan selamat'.

Ini mungkin adalah post terakhir saya tentang perjalanan ke Long Napir. Banyak yang boleh saya ceritakan lagi sebenarnya. Banyak yang saya belajar. Banyak pengalaman didapati. Banyak sangat yang 'best'. Mungkin anda patut cemburu dengan saya. Jangan marah (^_^).



Read more...

Long Napir Ep 22: Jambatan Kayu Balak

Gambar di bawah adalah gambar jambatan yang dibuat dengan meletakkan beberapa kayu balak. Gambar ini sempat saya ambil semasa dalam perjalanan pulang. Jika ditanya samada saya takut atau tidak semasa melalui jambatan tersebut, sudah tentu saya takut. Lihatlah binaannya. Mungkin kelihatan seperti tidak meyakinkan. Tapi saya percaya lori balak yang beratnya bertan-tan itu pun boleh ditampung oleh jambatan tersebut.



Read more...

Long Napir Ep 21: Berangkat pulang


Pada jam 1.00pm kami berangkat pulang. Itulah kenderaan yang kami naiki untuk pergi ke Long Napir dan pulang ke bandar. Seperti yang dilihat di dalam gambar, hampir semua ruang kosong kenderaan itu akan dipenuhi dengan barang-barang dan kami sendiri.

Read more...

Long Napir Ep 20: Makcik Sakit


Sebelum kami berangkat pulang ada seorang makcik (yang memakai seluar berwarna biru) ingin menumpang kami untuk pergi ke hospital di bandar. Sudah tentu kami semua bersetuju. Kami berikan makcik yang sakit itu duduk di dalam kereta 4WD. Kami semua yang lelaki seperti biasa duduk di belakang. Rasanya lagi 'best' duduk di belakang. Mungkin lebih 'adventure'.

ps: Semoga makcik itu cepat sembuh (^_^)

Read more...

Long Napir Ep 19: Katak


Sebenarnya katak ini mungkin katak biasa yang boleh juga dijumpai di kawasan selain Long Napir. Saya tuliskan post khas untuk katak ini kerana saya sangka dia telah lama mati di tepi tangga. Rupa-rupanya dia belum mati lagi. Warnanya yang hampir sama dengan warna anak-anak tangga menyebabkan saya hampir terpijak katak ini beberapa kali.

Read more...

Long Napir Ep 18: Durian Otak Udang

>> Sunday, November 8, 2009

Pada hari terakhir kami berada di Long Napir, kami masih sempat lagi untuk makan durian otak udang (yang mana isinya berwarna merah). Ada kawan saya di semenanjung yang kata saya tipu. Jujurnya, ini adalah gambar-gambar asli tanpa Photoshop.




Read more...

Long Napir Ep 17: Satu Pokok

Seorang pakcik bertanyakan kepada saya samada saya inginkan rambutan atau tidak. Saya cakap 'tidak apa-lah'. Pakcik itu kata 'jangan malu-malu, pergi-lah panjat, pakcik tidak larat hendak panjat, dah tua'. Bila saya tengok pokok rambutan itu yang tinggi dan dahannya yang kecil, saya cakap 'saya tidak berani'. Tiba-tiba pakcik itu terus panjat pokok rambutan itu. Dia tebang satu persatu dahan pokok rambutan itu sehingga semua rambutan yang ada pada pokok itu jatuh ke tanah. Senang cerita, pakcik itu bagi kami satu pokok rambutan. Bukan satu tangkai, satu bungkus, satu ikat, atau ... etc. Tapi ianya SATU POKOK. Terima kasih pakcik dan makcik.





Read more...

Long Napir: Satu Perjalanan

>> Thursday, November 5, 2009

Long Napir ialah satu kawasan pedalaman di daerah Limbang di negeri Sarawak. Bila saya kata kawasan pedalaman, maka ianya betul-betul dalam dan jauh daripada kawasan bandar. Disebabkan kedudukannya yang jauh daripada bandar, sudah tentu banyak kekurangan dapat kita lihat, terutamanya mungkin berkaitan dengan kemudahan. Ianya tidak memberikan gambaran yang negeri Sarawak ialah seperti yang terdapat di Long Napir. Sudah tentu banyak juga kawasan-kawasan maju di seluruh negeri Sarawak.

Saya tidak berminat dengan kawasan maju. Saya hanya berminat dengan kawasan pedalaman. Tidak ramai orang yang dapat pergi ke sana dan mahu pergi ke sana. Saya berminat kerana saya rasa ianya satu perjalanan yang 'adventure'. Saya juga dapat banyak pengalaman baru. Saya tuliskan post-post berkaitan perjalanan saya ke Long Napir kerana saya rasa bangga dapat pergi ke sana. Ianya tidak ada kena-mengena dengan untuk memburuk-burukkan negeri Sarawak, orang-orang Long Napir, atau orang-orang negeri Sarawak.

Oleh kerana saya percaya ramai orang tidak berpeluang untuk pergi ke sana, saya kongsikan pengalaman saya itu pada blog ini. Dengan harapan, post-post tersebut dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang kawasan pedalaman.

Read more...

Long Napir Ep 16: Rumah Penan & Tandas

>> Tuesday, November 3, 2009

Gambar di bawah adalah deretan tandas yang saya rasa turut disediakan oleh pihak kerajaan. Tandas tersebut kelihatan seperti tidak digunakan.




Saya rasa, anda perlu baca tulisan yang terdapat pada pintu tandas tersebut. Saya tidak tahu siapa yang menulisnya. Tetapi tulisan tersebut mungkin cukup untuk menjelaskan kenapa keadaan tandas adalah seperti di atas. (Klik pada gambar untuk imej lebih besar).

Read more...

Long Napir Ep 15: Rumah Penan (close up)

Di bawah adalah gambar-gambar 'close up' yang dapat saya ambil ketika berada di kampung orang Penan tersebut. Tidak begitu ramai orang yang dapat saya lihat di sini. Saya dengar kebanyakan daripada mereka pergi ke ladang. Mungkin itu sebabnya mengapa hanya ada ramai budak-budak dan golongan wanita sahaja. Gambar di ambil pada hari Sabtu sekitar jam 9-10 pagi.






Read more...

Long Napir Ep 14: Perkampungan Penan

Setelah berjalan kaki hampir 1 jam dari perkampungan orang Kelabit, akhirnya kami sampai juga ke perkampungan orang Penan. Gambar di bawah mungkin adalah gambar 3 orang anak Penan.



Gambar di bawah menunjukkan rumah panjang yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk orang-orang Penan. Saya selalu tertanya-tanya hingga sekarang, 'Bagaimanakah kayu-kayu dan peralatam membina rumah dibawa masuk ke kawasan sebegini?'. Dan saya masih belum mendapat jawapannya.


Read more...

Long Napir Ep 13: Rumah Penan atau Kelabit?

>> Sunday, November 1, 2009

Sebelum ini saya banyak menunjukkan keadaan di sekitar perkampungan orang Kelabit. Dari situ kami berjalan kaki hampir 1 jam untuk pergi ke satu lagi kawasan kampung. Matlamat kami ialah untuk pergi ke kawasan kampung orang Penan. Dalam perjalanan tersebut, saya sempat mengambil gambar beberapa buah rumah yang berdekatan dengan rumah panjang orang Penan. Saya tidak tahu rumah tersebut adalah milik orang Kelabit atau Penan. Saya rasa kemungkinan besar rumah-rumah tersebut adalah milik orang Penan kerana ianya agak jauh dengan kampung orang Kelabit tetapi berdekatan dengan kampung orang Penan.






Read more...

Satu Sekolah Untuk Semua: Pendirian Saya


Saya kembali meletakkan logo ini sebagai menunjukkan pendirian saya terhadap perlunya 'Satu Sekolah Untuk Semua'. Ini juga kerana situasi sekarang yang memaparkan wujudnya golongan yang bersetuju dan ada juga golongan yang tidak bersetuju dengan idea ini. Saya cuma ingin katakan yang saya bersetuju dengan 'Satu Sekolah Untuk Semua'.

Jika anda juga bersetuju dengan saya, letakkan logo ini pada blog anda sebagai tanda sokongan anda terhadap idea ini.

Read more...

Long Napir Ep 12: Kemudahan

>> Saturday, October 31, 2009

Saya rasa di bawah adalah satu alat yang digunakan untuk menjana elektrik dengan kuasa solar. Tapi saya tidak pasti jika ianya berfungsi atau tidak. Ianya terletak betul-betul di hadapan SIB.



Gambar di bawah pula ialah gambar 'public phone'. Saya tidak terfikir untuk cuba telefon pada masa itu. Seperti yang telah saya katakan, handphone kami semua tidak dapat sebarang 'coverage' pun di sana. Tidak tahu-lah pula dengan 'public phone'.



Jelas kelihatan, di kampung orang Kelabit ini juga terdapat perpustakaan desa. Saya tidak pasti bagaimana dengan kemudahan di dalam perpustakaan itu. Saya juga tidak tahu bagaimana pula dengan sambutan orang kampung terhadap perpustakaan itu.



Di situ juga terdapat 'court' bola tampar. Kami sempat bermain bola tampar bersama-sama.

Read more...

Long Napir Ep 11: Sidang Injil Borneo (SIB)

Gambar-gambar di bawah ialah gambar gereja yang terdapat di kawasan kampung orang Kelabit. Itu menunjukkan yang kebanyakan daripada mereka ialah beragama Kristian. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang bumiputra yang beragama Kristian akan pergi ke gereja SIB (Sidang Injil Borneo).

Jika setiap hari elektrik hanya akan dijana dengan 'generator' mulai jam 6-10pm, pada hari Ahad elektrik akan terdapat juga pada waktu pagi kerana kebanyakan daripada mereka akan pergi sembahyang di gereja tersebut.


Read more...

Long Napir Ep 10: Rumah Kelabit

Di bawah adalah rumah panjang bagi kaum kelabit. Daripada yang saya dengar, kebanyakan daripada mereka tidak terdapat di rumah kerana mereka pergi ke ladang. Seorang pakcik yang saya ada tunjukkan gambarnya yang sedang memikul seguni getah selalu sangat menjemput kami untuk pergi ke rumah panjang Kelabit. Dia kata 'Jangan malu-malu'.




Di bawah pula ialah rumah mungkin ketua bagi orang-orang di sana. Pakcik ini memang ramah dan baik. Mereka seperti memang mengalu-alukan kedatangan kami.




Bukan semua orang Kelabit tinggal di rumah panjang. Ada juga yang tinggal di rumah yang berasingan. Saya pun tidak tahu bagaimana mereka membawa barang-barang keperluan untuk membina rumah seperti batu-bata, zink, etc ke dalam kawasan Long Napir ini.

Read more...

Long Napir Ep 9: Murid-Murid SK Long Napir

>> Thursday, October 29, 2009

Saya rasa saya tidak perlu memberikan komen yang panjang lebar tentang gambar-gambar di bawah. Saya cuma ingin katakan yang gambar-gambar di bawah adalah gambar-gambar murid-murid SK Long Napir yang tinggal di asrama. Gambar-gambar ini diambil pada hari Sabtu iaitu ketika mereka semua bercuti. Ada yang bermain, menonton TV (ada siaran Astro), membasuh pakaian, etc. Seperti yang saya katakan kebanyakan daripada mereka kalau tidak silap saya adalah daripada kaum Kelabit dan juga Penan.










Read more...

Long Napir Ep 8: SK Long Napir & Tangki Air Hujan







Kesemua gambar tangki air di atas di ambil di dalam kawasan SK Long Napir. Sekolah ini adalah sekolah berasrama. Cuba bayangkan murid-murid berumur 7-12 tahun yang berdikari tinggal di asrama.

Kalau diperhatikan betul-betul gambar tersebut anda akan dapati terdapat salur yang menghubungkan antara bumbung dan tangki air tersebut. Ini kerana tangki tersebut adalah tangki yang mengumpul air hujan yang akan digunakan oleh murid-murid tersebut di sekolah. Saya tidak pasti jika sekolah ini juga menggunakan air bukit seperti yang kami gunakan di tempat tinggal sementara kami (i.e Pejabat Kerajaan).

Saya ada mencuba minum air bukit. Sejuk betul. Tapi saya tidak berani minum banyak-banyak sebab takut nanti sakit perut.

Read more...

Long Napir Ep 7: Jambatan Gantung SK Long Napir



Gambar di atas menunjukkan sebuah jambatan gantung yang menjadi laluan untuk murid-murid kawasan Long Napir untuk ke SK Long Napir. Saya ada nampak motosikal pun guna jambatan yang sama. Kalau tidak silap saya, yang bersekolah di SK Long Napir ialah murid-murid daripada kaum Kelabit dan Penan.

Saya tidak pasti apakah gred pedalaman bagi SK Long Napir (P1, P2 atau P3). Tapi seperti yang telah saya katakan perjalanan untuk ke Long Napir itu sendiri sudah cukup mencabar.

Read more...

Long Napir Ep 6: Orang Kelabit & Pengangkutan Air

>> Wednesday, October 28, 2009




Gambar-gambar di atas ialah gambar orang-orang kaum Kelabit (saya rasa) yang mungkin baru pulang dari ladang mereka. Mereka sebenarnya agak ramah apabila saya cuba mengambil gambar mereka. Pengangkutan air mungkin merupakan antara pengangkutan utama bagi mereka selain daripada 4WD yang perlu disewa.

Bukan semua orang Kelabit masih tinggal di pedalaman seperti ini. Ramai juga yang muda-muda sudah berhijrah ke bandar dan bekerja di sana. Ada seorang makcik kaum Kelabit memberitahu saya yang anaknya sudah tidak mahu pulang ke kampung kerana mungkin lebih selesa berada di bandar.

Read more...

Tidak boleh komen

Semasa blog ini mula-mula dibina, sebenarnya saya ada menunggu juga kalau-kalau ada orang yang akan menulis komen pada mana-mana post yang saya tuliskan. Lama juga saya tunggu. Tidak ada orang pun yang menulis komen pada mana-mana post. Mungkin saya perlu berikan lebih banyak masa sebelum ada orang yang akan memberikan komen.

Selepas itu saya menukar template blog saya. Template sekarang yang saya gunakan tidak membenarkan pelawat blog ini untuk menulis komen walaupun saya berasa amat selesa dengan template blog ini. Ini mungkin satu kelemahan yang ada pada blog ini iaitu 'TIDAK BOLEH KOMEN'. Walaupun ianya tidak membenarkan komen ditulis pada setiap post, pelawat sebenarnya boleh memberikan komen melalui email yang saya letakkan pada blog ini. Jadi saya rasa tidak ada masalah jika ada sesiapa yang ingin memberikan sebarang komen kepada saya berkaitan dengan post yang saya tulis.

Jadi jika anda yang membaca blog ini ialah kawan yang mengenali saya ataupun tidak mengenali saya, email saya ada diletakkan di bar tepi blog ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

ps: Perjalanan ke Long Napir masih belum tamat (^_^)

Read more...

Long Napir Ep 5: Orang Kelabit bertani

>> Tuesday, October 27, 2009


Gambar di atas menunjukkan seorang kawan saya yang menolong seorang makcik kaum Kelabit yang menanam padi bukit.



Gambar di atas menunjukkan padi yang ditanam dan juga lubang yang dibuat terlebih dahulu sebelum biji padi tadi dimasukkan ke dalamnya. Penduduk di sini bergantung kepada hasil tanaman mereka sebagai sumber makanan. Beras tidak perlu dibeli kerana mereka akan menanam padi sendiri.



Gambar di atas pula menunjukkan seorang pakcik kaum Kelabit yang baru memungut hasil getahnya. Dia sebenarnya bukan tinggal di Long Napir tetapi tinggal di kawasan yang boleh dikatakan agak bandar. Dia berada di sini kerana kebunnya adalah di kawasan Long Napir. Dia akan keluar daripada Long Napir apabila ingin menjual getahnya di bandar. Pakcik ini juga katakan kepada saya yang dia akan berhenti kerja menoreh getah apabila anaknya tamat belajar di universiti. Dia kata dia akan mengupah pekerja Indonesia untuk mengusahakan kebunnya nanti. Dalam percakapan pakcik ini akan campur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serentak. Saya kata dalam hati 'exposed' juga pakcik ini.

Read more...

Long Napir Ep 4: Pengangkutan


Saya bukan hendak tunjukkan gambar budak kecil yang berada di belakang 4WD itu. Tapi saya ingin katakan tentang pengangkutan yang biasanya digunakan oleh penduduk di Long Napir apabila mereka ingin keluar ke bandar. Mereka keluar ke bandar atas banyak alasan. Antaranya ialah untuk pergi ke klinik kesihatan kerajaan, menjual hasil tani, urusan pendaftaran seperti IC, membeli barang-barang keperluan, etc. Seperti yang saya katakan, tambang untuk keluar dari Long Napir juga agak mahal. Untuk sewa satu 4WD mungkin sekitar RM600. Kalau ramai boleh-lah kongsi. Jadi murah-lah sikit.

Di bawah adalah gambar penduduk kampung yang siap untuk keluar ke bandar dengan menaiki 4WD selama 3 jam hanya untuk keluar dari kawasan jalan balak. Itu tidak termasuk perjalanan selepas keluar dari jalan balak ke bandar. Itu juga ialah situasi yang kami lalui semasa perjalanan ke Long Napir.

Read more...

Long Napir Ep 3: Pejabat Kerajaan

>> Saturday, October 24, 2009


Ini adalah tempat di mana kami tinggal semasa berada di Long Napir. Ini bukanlah rumah tumpangan, tetapi saya rasa adalah pejabat kerajaan yang mungkin sudah tidak digunakan lagi. Tapi OK juga. Air pun ada. Tapi air bukit. Sejuk juga. Elektrik pula hanya akan ada mulai jam 6pm sehingga 10pm. Lepas itu, memang gelap jadinya. Bukan gelap tapi gelap gelita. Lepas pukul 10pm biasanya kami akan tidur.

Tempoh masa 6-10pm itulah digunakan untuk charge handphone dan menghidupkan apa-apa barang elektrik. Lagipun tidak guna juga kalau hendak charge handphone sebabnya ialah tidak ada coverage di sana. Satu bar pun tidak ada. Saya cuba search secara manual coverage yang ada, satu pun tidak sampai. Maxis, Celcom, Digi, etc, semuanya tidak sampai.

Dibawah adalah ditunjukkan dua pintu bilik tempat kami semua tidur. Lelaki dan perempuan di dua bilik berasingan.


Read more...

Long Napir Ep 2: Orang Kelabit

>> Wednesday, October 21, 2009


Saya patut tunjukkan lebih awal gambar di atas. Itulah kenderaan yang saya naiki untuk ke Long Napir. Di belakang kalau dilihat sudah penuh dengan barang-barang. Tetapi sebenarnya di belakang jugalah seramai 5 orang lelaki saiz dewasa (termasuk saya) duduk di situ selama 3 jam untuk ke Long Napir untuk meredah jalan balak. Tidak ada atap dan juga kerusi khas. Kalau hujan basah-lah. Kalau panas sunburn-lah.


Dalam perjalanan ke Long Napir, kami ada nampak beberapa buah rumah didirikan di tepi jalan balak tersebut. Kalau tidak silap saya mereka adalah orang Kelabit. Ada seorang makcik tanyakan soalan dalam bahasa Kelabit. Saya hanya terdiam. Mereka agak ramah sebenarnya. Bila saya ambil gambar mereka, saya rasa mereka mula sedar yang saya datang dari luar.

Read more...

Long Napir Ep 1: Durian Isi Merah

>> Tuesday, October 20, 2009


Banyak yang menarik tentang perjalanan saya ke Long Napir. Long Napir ialah satu kawasan pedalaman di bahagian Limbang di Sarawak. Dari kawasan pekan kecil ianya memakan masa 3 jam untuk sampai ke Long Napir dengan menaiki kenderaan 4WD. Kenderaan 4WD yang paling sesuai kerana kita akan menggunakan jalan balak yang berbatu-batu, tidak rata, berbukit-bukit, berlubang-lubang, berbahaya, etc. Saya ingin katakan yang perjalanan ke Long Napir adalah satu perjalanan yang mencabar sebenarnya tetapi menyeronokkan.

Perkara pertama yang menggembirakan saya ialah apabila dapat makan durian isi merah segar dari kebun di sana (i.e bukan dari kedai). Itulah gambar di atas yang sempat saya rakamkan. Saya percaya kebanyakan orang semenanjung tidak pernah lihat atau makan durian ini.

ps: Saya akan menulis lagi tentang Long Napir pada post seterusnya.

Read more...

Sangat Letih

>> Monday, October 19, 2009


Saya baru saja pulang dari Long Napir (kawasan pedalaman di Sarawak) semalam. Letihnya sampai ke hari ini masih terasa. Kesan gigitan kerengit yang menghisap darah juga masih jelas kelihatan. Saya akan tuliskan sesuatu tentang perjalanan itu nanti.

Read more...

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP